Dar al-Ifta Mesir

Dar al-Ifta Mesir
دار الإفتاء المصرية
Republik Arab Mesir
Intisari agensi
Dibentuk1895M
JenisAgensi kerajaan
Eksekutif Agensi kerajaan
Agensi induk
Republik Arab Mesir
Laman sesawang
https://www.dar-alifta.org

Dar al-Ifta Mesir (Arab: دار الإفتاء المصرية, rumi: 'Dār al-Iftā' al-Miṣriyyah', Melayu: Lembaga Fatwa Mesir) merupakan sebuah badan berkaitan kerajaan dan kehakiman serta penasihat agama di Mesir,[1] yang ditubuhkan sebagai sebuah pusat Islam dan penyelidikan perundangan agama Islam di Mesir pada tahun 1895 Masihi / 1313 Hijrah. Ia menjalankan peranan dengan menasihati dan menjadi panduan hal ehwal agama Islam menerusi fatwa yang diterbitkan seharian dan berkaitan isu semasa.

Dar al-Ifta menggunakan al-Quran, hadis, dan pandangan para ilmuwan Islam silam untuk menyampaikan fatwa mengenai topik-topik yang berkaitan dengan umat Islam kontemporari. Fatwa-fatwanya mempengaruhi masyarakat Muslim Sunni di Mesir dan seluruh dunia.[2]

Dar al-Ifta bertanggungjawab dalam pengurusan fatwa rasmi dan juga melibatkan perkara-perkara berkaitan perundingan perundangan melibatkan hukuman mati[3].

  1. ^ "Ramadan in Saudi Arabia". The Economist. 11 June 2016. Dicapai pada 11 June 2016.
  2. ^ "Call Islamic State QSIS instead, says globally influential Islamic authority". The Guardian.
  3. ^ Abdul Muhaimin Mahmood (2019). Sedekad JAKIM Di Mesir: Memacu Hubungan Strategik Antara Mesir dan Malaysia Dalam Bidang Hal Ehwal Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 222. ISBN 978-967-10972-4-3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search